Signage Akrilik 1Kedai – Apa Yang Anda Perlu Ketahui

Seni Rekabentuk dan Penghasilan Papan Tanda Akrilik

3D Acrylic Lightbox

Acrylic LED

Ringkasnya, 1Kedai menghasilkan 2 jenis papan tanda:

1) BERCAHAYA

2) TIDAK BERCAHAYA.

Apakah jenis signage / papan tanda paling kelihatan profesional mampu dibina pada kos yang amat rendah ?

JAWAPAN YANG PALING TEPAT untuk pemilik premis perniagaan adalah PAPAN-TANDA AKRILIK !

Binaan akrilik ternyata memang bermutu, pelbagai guna dan sangat "Wowww !" penampilannya. Terdapat sekurang-kurangnya tiga sebab yang berbeza mengapa pemilik premis perniagaan menggemari jenis papan tanda akrilik selain dari kosnya yang amat rendah untuk dihasilkan.

3D Lightbox With Acrylic Boxup Lettering And Front Lit LED blackwhite

Dibawah ini, 1Kedai akan kemukakan 4 alasan utama kenapa pemilik perniaga perlu pertimbangkan:

#1. Signage Akrilik Adalah Amat Murah untuk Dihasilkan.

Penyelesaian alternatif bagi bajet yang rendah pada kualiti bahan yang hampir sama penampilan seperti kaca, keluli tahan karat, aluminium, gangsa dan lain-lain. Signage akrilik boleh dipasang di mana saja pada sebarang permukaan untuk pelbagai kegunaan dan tujuan.

#2. Signage Akrilik Adalah Amat Ringan Serta Tahan.

Signage akrilik  adalah amat ketara ringan berbanding kaca atau besi iaitu sekitar 310 gram / kaki persegi. Ini bermakna anda boleh memasang papan tanda bersaiz besar pada dinding tanpa merosakkan struktur asal kerana masalah muatan beban.

#3. Papan Tanda Akrilik Sesuai Digunakan Luar Atau Dalam Bangunan.

Penggunaan bahan akrilik membolehkan ianya dipasang untuk ruangan dalaman atau luaran premis perniagaan anda. Sifat semulajadinya yang kalis cuaca di Malaysia serta tahan lasak untuk digunakan bersama bahan pelekat seperti 3M.

#4. Signage Akrilik Memberikankan Anda Bebas Buat Pilihan Rekabentuk.

Untuk penampilan yang nampak kemas terutamanya pada dinding yang telus pandangan, gunakan signage akrilik jernih. Ianya mustahil untuk menggunakan bahan lain selain dari akrilik. Dapatkan kesan jenama perniagaan anda kelihatan seperti terapung di dinding oleh kerana ianya berbentuk 3D dengan kesan bayang-bayang dari lampu limpah di siling. Ianya menambah lagi kesan dramatik dan mengkagumkan bagi menaikkan imej, keteguhan, stabiliti dan keunggulan jenama perniagaan anda. 1kedai sentiasa memikirkan segala kemungkinan terbaik untuk imej bisnes anda.  

Catwalk
 
Full Acrylic 3D Boxup Front Lit With Paste On Stickers
Signage Akrilik 3D Boxup dengan pengcahayaan LED dalaman bersama penggunaan pelekat berwarna untuk UEM Sunrise.
 
Penjagaan Signage Akrilik.

Membersih bagi penjagaan adalah amat mudah asalkan anda tidak menggunakan bahan atau alatan yang tidak memberi kesan calar pada permukaan akrilik.

JANGAN GUNA berus atau sabut besi untuk menggosok permukaan.

JANGAN GUNA air bersama sabun dan kain kasar untuk menggosok akrilik. Gunakan kain pengelap jenis Mikrofiber.

Lightbox Akrilik 3D

Acrylic Boxup And Laser Cut Out With Paste On Sticker

Strip

Caratempah

Binaan bahan acrylic dengan LED putih dan biru.

Go to top